Monday 12 March 2018

5 SEBAB KENAPA IBU MENYUSU SELALU LETIH

5 SEBAB KENAPA IBU MENYUSU SELALU LETIH

Menyusu adalah sesuatu aktiviti yang menyeronokkan sebenarnya jika dinikmati dengan sebaikknya. Namun ia akan menjadi suatu proses yang sangat memenatkan dan meletihkan jika ibu tidak mendalami ilmu penyusuan dengan betul dan mencari punca mengapa ianya terjadi.

KESAN JIKA IBU SELALU LETIH

Apa akan jadi jika keadaan ibu selalu letih, lemah badan, lemau, tidak bermaya dan tidak bertenaga? Pastinya ia akan memberi kesan kepada penghasilan susu ibu. Susu ibu akan mula merudum disebabkan faktor-faktor tersebut. Disebabkan oleh susu mula berkurang, mula lah ibu akan semakin stress dan emosi mudah terganggu kerana merasakan dirinya tidak mampu mengenyangkan bayinya yang mengakibatkan bayi cepat meragam disebabkan oleh susu tidak mencukupi. Oleh sebab itu, ibu seharusnya bersedia dari segi mental dan fizikal sepanjang tempoh penyusuan.

Jadi, apakah punca ibu menyusu selalu merasa letih dan lemau? Jadi saya kongsikan dengan para ibu semua 5 sebab kenapa ibu menyusu selalu letih.

5 SEBAB KENAPA IBU MENYUSU SELALU LETIH

1. PENGAMBILAN MAKANAN YANG TIDAK CUKUP NUTRISI
Selepas bersalin dan melalui tempoh berpantang, ibu perlu jaga pengambilan makanan betul tak? Setiap hari makan nasi putih hangat, ikan panggang. Ayam tak boleh sentuh langsung, sayur ada yang boleh ada yang tak boleh. Ada sayur yang sejuk ibu berpantang tak boleh makan. Buah pun tak boleh ambik. Lagi-lagi berpantang dengan mak mertua. Eh, mak sendiri pun apa kurangnya. Sama saja kalau mak-mak ni memang mereka akan memerhati je apa yang kita makan. Itu tak boleh ini tak boleh. Habis tu yang boleh makan cuma nasi dan ikan panggang saja. Ikan punkene pilih ikan-ikan jugak. Jadi mana nak dapat nutrisi yang cukup? Vitamin C, kalsium, vitamin B, zat besi dan sebagainya langsung tidak mencukupi untuk seorang ibu yang perlukan nutrisi lengkap supaya mendapat tenaga.

2. TIDAK CUKUP TIDUR
Bermulanya episod berpantang maka bermula jugalah episod ibu berjaga malam. Selain tidak cukup rehat, ibu menyusu juga kurang tidur. Kejap-kejap bayi terjaga malam nak susu. Kadang- kadang 5 atau 6 kali bayi terjaga daripada malam hingga ke pagi. Maka 5 atau 6 kali jugalah ibu akan bangun untuk menyusukan bayi. Mau tak penat kan. Jadi disarankan ibu mengambil peluang tidur jika bayi sedang tidur dan bangun semula apabila bayi bangun.

3. BAYI MENYUSU KERAP DAN LAMA
Sifat susu ibu yang cepat hadam menyebabkan bayi akan cepat lapar dan akan kerap menyusu. Begitu juga dengan bayi yang tidak puas menyusu mungkin disebabkan oleh susu ibu yang agak cair disebabkan oleh pemakanan ibu itu sendiri akan mengambil masa yang lama untuk kenyang. Dan hal ini akan menyebabkan ibu lebih kerap menyusukan bayi dan seterusnya menyebabkan ibu tidak cukup rehat.

4. EMOSI YANG TIDAK STABIL
Ibu menyusu yang sering stress menyebabkan emosi yang tidak stabil akan memberi kesan pada dirinya sendiri dari segi fizikal seperti tiada selera makan, mudah sakit kepala dan badan tidak cukup tenaga disebabkan diet yang tidak seimbang.

5. KURANG MINUM AIR
Dehidrasi akan berlaku jika ibu menyusu kurang minum air. Ini juga akan menyebabkan ibu mudah merasa lemah dan tidak bermaya serta lesu. Sakit kepala juga mungkin boleh menyerang dan berlakunya gangguan emosi pada ibu. Jadi ibu menyusu perlu minum air dengan cukup.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua ibu-ibu yang sedang berjuang menyusukan bayi sehingga umur dua tahun.

0 comments:

Post a Comment